ADVERTISEMENT

Followers

Visitors

Saturday, March 28, 2009

Keputusan MT yang mengejutkan.

Pemilihan UMNO dah selesai. Kemenangan Tan Sri Muhyiddin bagi jawatan Timbalan Presiden serta naib-naib presiden, iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein dan Datuk Shafie Afdal adalah seperti dijangka. Begitu juga bagi jawatan Ketua Wanita yang dimenangi Datuk Seri Shahrizat Jalil, Khairi Jamaluddin (Ketua Pemuda) dan Datuk Rosnah Abdul Rashid (Ketua Puteri).

Tetapi berlaku banyak kejutan dalam keputusan Majlis Tertinggi, iaitu kemenangan dua bekas Menteri Besar, Mahadzir Khalid (MB Kedah) yang "melepaskan" negeri itu kepada PAS dan Idris Jusoh yang pernah dikaitkan dengan beberapa kes rasuah di Terengganu. Begitu juga dengan kemenangan "Mat Rempit Cemerlang", Datuk Abdul Azeez Rahim.

Saya tidak terkejut dengan penyingkiran Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said kerana sudah mengagak siasatan SPRM ke atasnya pasti akan mempengaruhi perwakilan. Begitu juga Datuk Syed Hamid Albar yang semakin "tidak popular" dan menjadi satu taboo di kalangan orang Johor, terutama orang Kota Tinggi. Sama juga dengan Datuk Ghani Othman kerana ada ketidakpuashatian di kalangan rakyat Johor mengenai projek Wilayah Pembangunan Iskandar.

Tetapi dalam kes Datuk Shahrir Samad, saya terkejut kerana dia salah seorang Menteri yang betul-betul buat kerja. Begitu juga kekalahan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan yang ternyata telah berusaha gigih untuk memajukan Negeri Sembilan.

Tetapi jika dilihat di sudut lain, kemungkinan perwakilan tidak memilih Menteri Besar yang bertanding (kecuali Musa Aman) kerana mereka mahukan Menteri-Menteri Besar itu menumpukan perhatian untuk memulihkan UMNO di peringkat negeri memandangkan mereka sudah memegang terlalu banyak jawatan lain.

Dalam pada terkejut, saya juga merasa amat sedih kerana hanya seorang wanita sahaja yang terpilih dalam MT, iaitu Datuk Dr Norraesah Mohamad yang mempunyai latar belakang dalam ekonomi dan kewangan. Saya amat berharap Datuk Seri Najib akan memilih seorang atau dua lagi wanita dalam kuota tambahan MT supaya Norraesah tidak berseorangan dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan wanita.

Menyentuh soal Ketua Pemuda dan Puteri, saya ingin mencadangkan agar kedua-duanya tidak diberi jawatan menteri kerana adalah lebih baik mereka menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas-tugas mengembalikan keyakinan golongan muda untuk menyertai UMNO, atau sekurang-kurangnya yakin semula kepada parti itu. Ini misi terpenting UMNO kerana menjelang Pilihanraya Umum akan datang, Malaysia akan mendapat 6 juta pengundi baru. UMNO harus bermula sekarang dan tidak boleh membuat perancangan pada minit terakhir.

Di sinilah Pemuda dan Puteri memainkan peranan penting. Sekiranya Ketua Pemuda atau Puteri diberikan tugas sebagai menteri, sudah pasti tumpuan mereka akan terjejas antara tugas kabinet dan tugas parti.

Khairi Jamaluddin boleh mengadaptasi strategi yang digunakannya untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda untuk menarik lebih ramai belia menyertai UMNO, sementara Datuk Rosnah boleh membantu meningkatkan keahlian Puteri untuk menguatkan sayap itu.

Kesimpulannya, perwakilan sudah membuat keputusan. Walaupun keputusan ini mungkin tidak mencerminkan kemahuan akar umbi, hakikatnya, walau kita menangis air mata darahp un, keputusan tidak akan berubah...kecuali ada antara pemenang ini tersangkut di jaring SPRM atau Lembaga Disiplin UMNO.

Buat masa ini, UMNO sudah seharusnya membuat perancangan awal untuk menghadapi masa depan jika ia mahu terus bernyawa.

7 comments:

Sam,  March 28, 2009 2:49 PM  

Saya sangat setuju Ketua Pemuda & Ketua Putri lebih menumpukan perhatian kepada pengundi-pengundi muda. Jangan nak jawatan dalam kabinet jer dan kalau nak lebih asam pedasnya istihar awal-awal katakan TAK NAK pada jawatan... Baru ada klas.. kan..kan.. Tapi nampaknya mustahil, perkara itu akan berlaku kerana masing-masing pun dah tahu berebut jawatan tu sebab nak imbuhan dalam kerajaan.

RAHIM OMAR March 28, 2009 4:58 PM  

Selepas kemenangan KJ tempohari saya telah membuat survey secara rambang untuk mengetahui maklumbalas ttg kemenangan KJ. Orang yg saya target untuk survey ini ialah bukan dari kalangan kawan-kawan saya atau kenalan saya. Seramai 100 orang telah saya temui setakat ini mempunyai latarbelakang yang berbeza-beza dan semuanya melayu. Dua soalan yg telah saya kemukakan. 1. Layakkah KJ menjadi Ketua Pemuda UMNO? 2. Bagaimanakah UMNO selepas ini?
Jawapannya : 1 . Semua tak setuju KJ menjadi KETUA PEMUDA dan 2.70% akan menjadi sejarah/pembangkang.

Tahniah kepada team 304. Anda bukan mewakili rakyat yg ingin berubah tp mewakili hawa nafsu yg penuh dusta...

Dua Gelas March 28, 2009 5:47 PM  

Saya kira, KJ pasti diberi jawatan menteri dalam Kabinet Najib. Ada status menteri barulah senang dan 'power' Ketua Pemuda aktif dan proaktif....

Najib kena timbang untuk balas budi Pak Lah (kalau terhutang budilah). Jadi jawatan menteri dah tentu dalam poket KJ.

Menurut konvensyen pun Ketua Pemuda Umno mendapat jawatan menteri. Najib cuma amalkan konvensyen itu --kecuali 'penghakiman' Lembaga Disiplin terhadap KJ mahu disiasat lebih lanjut oleh Umno dan/atau SPRM....

Untuk imbangkan kepentingan puak-puak, tidak salah juga bagi Najib melantik Datuk Mukhriz jadi menteri (portfolio junior pun tak apa)dan sekalipun ahli MT.Ini akan pastikan TDM tak merajuk. Semua ada habuan, Che Det!

Tapi saya setuju juga sekiranya KJ dipetisejukkan buat sementara. Tengok prestasinya dulu sebagai Ketua Pemuda. Elok juga ego dan keangkuhan beliau dihakis sikit!

HIDUP NAJIB!

Anonymous,  March 29, 2009 1:07 AM  

yang meminggungkan saya kedua dua sayap puteri dan wanita dimenangi oleh perempuan, nampak sangkatlah umno ketandusan lelaki

Anonymous,  March 29, 2009 2:07 AM  

Tetapi jika dilihat di sudut lain, kemungkinan perwakilan tidak memilih Menteri Besar yang bertanding (kecuali Musa Aman) kerana mereka mahukan Menteri-Menteri Besar itu menumpukan perhatian untuk memulihkan UMNO di peringkat negeri memandangkan mereka sudah memegang terlalu banyak jawatan lain.

apakah perwakilan umno boleh berfikir @ akan berfikir ke tahap ini????

komando April 7, 2009 10:01 AM  

ABDUL AZEEZ seorang jual kereta jadi menteri.fuyoh..bagus UMNO.habis jual semua nanti..bapak mat rempit, rempit punya bapak !

JILAT punggong pandai pasti lah dapat jawatan tinggi....orang lama bekas sudah rapuh dan rosak macam radio buruk..buang aje lah.

Semua orang PAKLAH habis buang mah!
J.J. pasti jadi menteri hisab dan raba dan hisap cerut!

MB yang kalah salam dikirim semua..balik tanam padi dan ubi aje lah!

K.J. hang baik masuk PKR cepat BAPAK KEPADA MUKRIZ tidak akan diam sehingga anda tersunkur dan rebah...atau dia mati dulu!

YANG lain cuba renung mana nak migrate cepat dan lari...sebab lepas PRU13 akan jadi operasi BERSIH... semua yang berasuah selama ini akan masuk ke tempat khas....untuk makan dan tidur free....chalet dan bungalow lot special....made to order!

bRAVEhEART December 12, 2010 11:28 AM  

Salam,
mohon link saya dipautkan juga dari blog ini: http://braveheartblogger.blogspot.com~ terima kasih

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP