ADVERTISEMENT

Visitors

Followers

Saturday, November 7, 2009

Malam Tanjung Puteri PAMJ

Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) cawangan WP/Selangor akan menganjurkan Majlis Makan Malam yang diberi nama Malam Tanjung Puteri PAMJ di Dewan Matrade, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 14 November, 2009 pada 8 malam.

Majlis berkenaan bertujuan menghimpunkan anak-anak Johor dari semua bidang, termasuk Menteri Pusat, Exco Negeri, Ahli Politik, Ahli Perniagaan, Pejawat Awam, Ahli Persatuan dan sesiapa sahaja anak Johor yang berada di WP Kuala Lumpur dan Selangor.

Majlis makan malam berkenaan yang bertemakan Muafakat Itu Berkat akan mengimbas kembali sejarah negeri Johor dan bertujuan mengisi Tabung Kebajikan Persatuan bagi membantu ahli-ahli dan keluarga yang malang.

Sesiapa yang berminat hadir dipelawa menerusi pembelian meja untuk 10 orang berharga dari RM1,000, RM3,000, Rm5,000, RM10,000 dan bayaran boleh dibuat di atas nama Persatuan Anak Melayu Johor.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Haji Muhyiddin Mohd Yassin dan isteri, Puan Sri Noraini Abdul Rahman, serta Menteri Besar Johor, Dato Haji Abdul Ghani Othman dan isteri, Datin Prof Dr Jamilah Arifin akan turut hadir.

Majlis akan diserikan dengan persembahan bintang-bintang Akademi Fantasia dan Ghazal Warisan Johor.

Mereka yang berminat membeli meja boleh menghubungi 019-3302066/017-3178338 dan nombor meja akan dimaklumkan setelah pengesahan dibuat.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP