Rombakan UMNO...Jeng jeng jeng...
Khabarnya, beberapa keputusan mengejut akan dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC malam ini (30 November).
Sejak Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu, apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan akan melakukan rombakan di peringkat negeri, pelbagai spekulasi telah timbul.
Spekulasi itu semakin hangat dan menjadi bahan gosip di parlimen. Punyalah ramai tukang ramal membuat ramalan itu dan ini. Saya ni cuma tumpang pasang telinga.
Khabarnya, beberapa mantan pemimpin UMNO yang pernah memegang pelbagai jawatan tinggi dalam parti akan kembali.


Tetapi berita paling gempak yang singgah di telinga saya ialah dua nama otai disebut-sebut akan dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO yang baru, iaitu Tan Sri Sanusi Junid dan Tan Sri Anuar Musa.
Tapi khabarnya Tan Sri Sanusi mempunyai peluang yang lebih baik kerana ramai yang selesa bekerja di bawahnya. Tambahan pula dia mempunyai bakat Perhubungan Awam (PR) yang baik di kalangan ahli-ahli UMNO dan juga akar umbi.

Berita gempak kedua yang menjadi topik panas di parlimen ialah kerusi Ketua Penerangan UMNO.
Berita kencang mengatakan mantan Menteri Besar Terengganu yang kini Pengerusi MARA, Datuk Seri Idris Jusoh akan mengambil alih jawatan Datuk Ahmad Maslan yang khabarnya akan dilantik Menteri penuh dalam rombakan kabinet yang dijangka berlaku dalam masa terdekat ini.
Dalam banyak berita yang didengar, khabarnya beberapa pengerusi perhubungan negeri akan mengalami perubahan. Di Perlis, Datuk Md Isa Sabtu dikatakan akan digantikan oleh Datuk Shahidan Kassim yang pernah memegang jawatan itu sebelum ini.
Di Kedah pula, beberapa nama disebut untuk ambilalih jawatan pengerusi perhubungan negeri yang sekarang ini dipegang oleh Datuk Shafie Afdal.
Antara nama-nama yang yang naik ialah Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Mahadzir Khalid dan Datuk Johari Bahaom. Walau bagaimanapun, pemerhati-pemerhati politik di parlimen menyuarakan kegusaran mereka jika Mukhriz dilantik.
Mereka mendakwa Mukhriz masih baru dalam dunia politik, khususnya di Kedah. Bagaimana beliau hendak mentadbir sebuah negeri sedangkan beliau tidak memegang apa-apa jawatan politik di peringkat bahagian dan negeri? Tambahan pula, di peringkat Pemuda pun beliau tewas dalam usahanya merebut jawatan Ketua Pemuda.
Pulau Pinang yang dikatakan bercelaru, bakal menyaksikan Datuk Dr Zahid Hamidi akan melepaskan jawatan kepada Datuk Zainal Abidin Othman atau Datuk Azhar Ibrahim (Ketua Pembangkang).
Sebuah lagi negeri yang dikatakan memeningkan kepala presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib dan sepupunya, yang juga pengerusi perhubungan negeri yang sedia ada, siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein.
Datuk Seri Hishamuddin dikatakan sudah tak sanggup untuk mentadbir negeri itu, lantas ia akan diserah kembali kepada anak Terengganu, iaitu Menteri Besarnya sendiri, Datuk Ahmad Said.
Khabarnya perlantikan Ahmad Said sebagai pengerusi perhubungan negeri dan Idris Jusoh dalam barisan MKT adalah hasil "kautim" antara presiden UMNO dan kedua-dua pemimpin berkenaan di mana persepakatan ini diharapkan dapat menyatupadukan penyokong-penyokong kedua-dua pihak dan seterusnya menstabilkan politik Terengganu.
Bagi Negeri Kelantan pula, bagi menghargai usaha keras Tengku Razaleigh Hamzah merampas Galas kembali kepada BN, UMNO dikatakan telah menawarkan jawatan pengerusi perhubungan negeri kepada beliau. Dengarnya cadangan ini tidak mendapat bantahan daripada pengerusi perhubungan negeri yang sedia ada, iaitu Datuk Mustapha Mohamad (Tokpa)
Timbalan Pengerusi perhubungan negeri Selangor, Datuk Noh Omar khabarnya akan mengambilalih tanggungjawab daripada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengemudi Selangor. Khabarnya perlantikan itu direstui oleh semua pemimpin di Selangor.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang kini menerajui Wilayah Persekutuan juga akan melepaskan tanggungjawab itu kepada Datuk Tengku Adnan Mansor yang sebelum ini pernah menjadi pengerusi perhubungan negeri Wilayah Persekutuan. Penyerahan kuasa ini adalah bagi memudahkan Timbalan Presiden menumpukan perhatian kepada pengurusan UMNO dan mengatur strategi untuk memastikan UMNO dan BN merampas kembali negeri-negeri yang kalah dalam PRU yang lalu dan menguatkan negeri-negeri yang masih dikuasai BN.
Kemenangan Tan Sri Isa Samad dalam Pilihanraya Kecil Telok Kemang yang lalu, telah mengembalikan keyakinan UMNO untuk beliau menerajui Negeri Sembilan. Justeru itu, Datuk Seri Mohammad Hassan khabarnya bersedia memberi laluan kepada Tan Sri Isa Samad.
Pengerusi perhubungan negeri di lima buah negeri khabarnya dikekalkan kerana prestasi yang cemerlang. Negeri-negeri itu ialah Melaka (Ali Rustam), Johor (Datuk Ghani Othman), Pahang ( Datuk Adnan), Perak (Datuk Zambry) dan Sabah (Datuk Panglima Musa Aman).
Samada apa yang diperbualkan oleh pemerhati-pemerhati politik serta ahli-ahli parlimen itu benar atau tidak, mari kita lihat siapa yang kena malam ini!
7 comments:
Salam Asam Pedas,
makin suspen nampaknya kan?
Aku berminat pasal Selangor Kedah dan Negeri Sembilan saja...he he he
AP semakin pedas. Nak telan pun dah suspen.
Selangor kalau tak ada orang mencucuk meracun, betul lah tu Noh akan menerajui. Kalau orang lain pecah lagi le. Kena buat kerja dari mula lagi. Setakat ini ketua-ketua bahagian boleh dikatakan 95% memberi mandat pada Noh. Insyaallah Noh akan lebih agresif dan komponen di Selangor pun mestilah membantu, penat le kalau Umno aje buat keje.
Apa pun God Bless, Selamatkan Selangor!
idris jusoh jadi Ketua Penerangan UMNo...FUYOOO i like lor...mmg ken apada tempatnya
Sanusi jadi SU UMNO..WOW...mmg POWER....menteri pernah jaga KDN jadi Setiausaha UMNo..mmg bagusssssssssss
drmuzi
ketua perhubongan umno kelantan sekarang ini ialah dato mustapha muhamad bukan anuar musa.....
anonymous, terima kasih kerana menegur kesilapan tadi. saya sudah perbetulkan. kesilapan itu tidak disengajakan. bagaimanapun terima kasih.
Jika rombakan UMNO betul-betul berlaku seperti apa yg diramalkan itu maka harapan UMNO/BN untuk mendapat majoriti dua pertiga dalam parlimen dan memenawan kembali semua negeri yg tewas kepada PR dalam PRU yg lepas,kecuali Penang,amat cerah.
Kami amat yakin Kelantan akan dapat ditawan kembali oleh UMNO/BN jika Ku Li diberi tugas sebagai Ketua Perhubongan UMNO Negeri didalam rombakan UMNO itu nanti.Inilah yg dinanti-nanti oleh kebanyakan penyokong-penyokong UMNO/BN di Kelantan.
Askar Tua
aku rasa la dato'mukhriz llebih diterima rakyat berbanding dgn 2 nama lagi yg kau sebut MK dan JB tu....nak ketua bahagian suka ker? nak rakyat yg suker?jadi aku rasa lebih baik letak mukhriz dari2 nama tu....sekian.
Post a Comment