ADVERTISEMENT

Followers

Visitors

Thursday, October 20, 2011

PAS dan PKR menentang HIMPUN, buat DAP memanjang tersenyum.


Saya ingin menyeru saudara-saudara seagama supaya jangan terpengaruh dengan dakyah sesetengah pihak yang cuba mencemari tujuan murni Perhimpinan Sejuta Ummah (HIMPUN) di Stadium Shah Alam Sabtu ini dengan menyamakannya dengan Perarakan Bersih 2.0 yang haram itu.

Membandingkan (HIMPUN) dengan Perarakan Bersih 2.0 adalah satu perkara yang tidak adil dan kurang bijak.

Bernama semalam melaporkan Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam satu sidang media di parlimen berkata semua anggota pembangkang sebulat suara mendapati HIMPUN tidak akan memberi hasil yang positif kepada parti tersebut.

Maka, umat Islam sendiri kena fahamlah maksud sebenar di belakang ayat yang terpacul dari mulut Anwar itu!

Perlu dijelaskan, HIMPUN yang bertemakan "Selamatkan Akidah" adalah anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO), NGO Islam, institusi pendidikan, warga korporat, kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab belia, ahli jawatankuasa masjid dan surau, tenaga guru dan beberapa badan lain

Ia berbeza sekali dengan Bersih 2.0 yang dianjurkan oleh seorang peguam BUKAN ISLAM yang membela golongan MURTAD. Perhimpunan BERSIH 2.0 juga terpesong daripada tujuan sebenar, kerana mereka bukan berhimpun, tetapi membuat perarakan haram dan menimbulkan kekecohan.


Saya sendiri menyertai perarakan Bersih 2.0 dan telinga ini sendiri mendengar apa yang dilaung-laungkan sepanjang perarakan, mereka melaungkan “Hidup, Hidup, Hidup Rakyat, Mampus, Mampus UMNO-BN. Hancur-hancur UMNO-BN.” Sepanjang saya mengikuti perarakan itu, tak ada langsung dilaungkan mengenai menuntut pilihanraya bersih! Malah, nama SPR pun tak disebut!

Pendirian Anwar Ibrahim dan PAS yang jadi pak turut ibarat si ketam menyuruh anaknya berjalan betul! Merekalah yang sebenarnya cuba mengelirukan rakyat Malaysia mengenai HIMPUN.

Anwar sebenarnya cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada kes liwatnya yang akan diputuskan bulan depan! Anwar sebenarnya sudah mati akal kerana dia sudah hilang keyakinan.
Malah semakin hari semakin kurang penyokongnya datang ke mahkamah mengikuti perbicaraan. Agaknya ramai dah mula sedar Anwar mempunyai peluang tipis untuk terlepas dari hukuman!

Anwar kini ibarat oang yang sedang kelemasan di laut yang sanggup berpaut pada sebatang straw!

Saya mohon supaya rakyat Malaysia beragama Islam tidak terpedaya dengan taktik pemimpin parti-parti PKR dan PAS yang ibarat “terpukau” atau “dicucuk hidung” oleh DAP sehingga mereka lupa terhadap kedudukan Islam yang istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saya bukan ahli mana-mana parti politik tetapi mempunyai ramai kawan daripada semua parti. Ramai sahabat saya daripada PKR dan PAS yang tidak bersetuju dengan keputusan parti mereka menghalang ahli-ahli menyertai HIMPUN.

Sedarlah, inilah yang dimahukan oleh parti seperti DAP – melihat orang Islam terutama orang Melayu bersengketa dan berpecah-belah.

Ingatlah wahai saudara-saudara Islamku – bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Inilah masanya kita ketepikan fahaman politik dan bersatu-padu menegakkan agama Islam yang kebelakangan ini sering diperlekehkan.

Malah, saya juga kesal ada antara pemimpin kerajaan yang kerana terlalu mahu menjaga hati semua kaum, kaum sendiri dibuat tak endah dan agama sendiri tidak diperjuangkan. Lupakan pasal mereka!

Jom, sertailah HIMPUN yang bertujuan mendidik umat Islam supaya meningkatkan keiltizaman terhadap hidup berakidah Tauhid dan memastikan penghayatan Islam benar-benar diamalkan secara menyeluruh.

Menyertai HIMPUN tidak bermakna kita tidak menghormati penganut agama lain. Kita berhimpun untuk bersatu menegakkan Islam dan menguatkan akidah, bukannya untuk berarak, atau menimbulkan rusuhan dan sebagainya seperti dilakukan oleh Bersih 2.0.

Islam adalah agama berhemah. Berarak, memprotes, merusuh dan mencaci bukan amalan kita. Tetapi masyarakat perlu ingat, Islam adalah agama rasmi negara dan kita adalah majoriti di negara ini. Ini hak kita seperti yang tercatat dalam perlembagaan. Jadi, mengapa kita perlu risau mengenai kebimbangan tidak berasas penganut lain yang telah diapi-apikan oleh pihak tertentu? Kita tak kacau agama lain, jadi, mereka juga tidak berhak mengacau hak kita untuk berhimpun.

Setakat ini, antara NGO Islam yang elah mengesahkan penyertaan ialah Gabungan Penasyid Malaysia, Jawatankuasa Penyelaras Bersekutu NGO Islam, Persatuan Ulama Malaysia, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Ingatlah dalam kubur nanti, malaikat bukan tanya, ”apa parti kamu?”

1 comments:

Anonymous,  October 21, 2011 9:58 AM  

Saya sokong pendapat saudari amat bernas. Kami penduduk Sek 19 yang berdepan masalah kuil Hindu amat kecewa sikap pemimpin Islam PR yang lebih membela bukan Islam. Untuk info lanjut baca masalah penduduk Sek 19 Shah Alam melalui blog dibawah. Tk kuilharam.blogspot.com.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP