ADVERTISEMENT

Followers

Visitors

Sunday, October 9, 2011

Sukarelawan dicari untuk keliling dunia sebagai Duta Ziarah For Peace diiktiraf PBB


Seratus sukarelawatan rakyat Malaysia dicari untuk menyertai projek “Ziarah For Peace” yang diiktiraf oleh IAEWP, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukan politik, untuk menyebarkan pemahaman antarabangsa dan keamanan dunia menerusi pendidikan.

IAEWP beroperasi sebagai NGO di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pengerusi IAEWP Malaysia, Steven Rajan Farokh, berkata, 100 sukarelawan Rakyat Malaysia yang dipilih itu akan menjadi Duta Keamanan bagi menyampaikan mesej keamanan kepada 193 negara di bawah PBB.

Katanya pengumuman perlantikan 100 Duta Keamanan Projek Ziarah For Peace akan dibuat pada satu majlis khas yang akan dihadiri oleh Pengasas dan Presiden IAEWP Dr Charles Mercieca.

Sehubungan itu Steven mempelawa wartawan media cetak dan elektronik, ahli perniagaan, korporat, wakil pelajar dan selebriti untuk menyahut pelawaan berkenaan. Penyertaan daripada syarikat korporat dalam bentuk penajaan juga dialu-alukan.

Bercakap ketika pelancaran program “Ziarah For Peace” di Kuala Lumpur baru-baru ini, Steven berkata, projek Ziarah For Peace diilhamkan daripada slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” bagi melahirkan rakyat Malaysia yang bersatu dan saling menyayangi untuk bersama-sama menjadi pencetus keamanan sejagat.

Menurut Steven, antara syarat yang mesti dimilik oleh sukarelawan berkenaan ialah sihat tubuh badan, lasak, mempunyai pengetahuan mengenai Malaysia serta keamanan dunia, selain mempunyai kebolehan dan keberanian untuk bergaul dan bertemu masyarakat dan pemimpin di serata dunia. Tetapi yang penting, sukarelawan berkenaan sanggup berjauhan dengan keluarga selama dua bulan.

Menurutnya sukarelwan juga mesti tahu mengenai konsep 1Malaysia dan menangkis salah faham mengenai tuduhan-tuduhan buruk terhadap negara ini kerana misi ini juga mahu mempromosi Malaysia sebagai sebuah negara yang memperjuangkan keamanan dunia sejagat.

Sementara itu pengasas dan pengerusi projek Ziarah For Peace, Mohd Zamri Mohd Nordin menjelaskan pihaknya telah merangka kaedah sistematik yang melingkupi visi, misi, nilai-nilai dan strategi berkesan serta berupaya memartabatkan MALAYSIA, sebagai 'Destinasi Keamanan Dunia'.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Pengerusi Projek Ziarah For Peace, Mohd Zamri di talian 012-6546 465 atau 03-9282 7711.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP