ADVERTISEMENT

Followers

Visitors

Saturday, November 19, 2011

Politik sudah mula membosankan aku

Beberapa orang rakan, termasuk blogger bertanya kepada aku - apasal blog kau tak macam dulu? Apasal tak tulis pasal politik lagi? Dan bosan ke?

Jawab aku - ya, memang aku sudah bosan dengan politik tetapi yang lebih membosankan ialah perangai ahli-ahli politik di negara kita.

Aku adalah blogger bebas dan tidak terikat atau dibayar oleh mana-mana ahli atau parti politik. Aku bukan blogger elit. Aku juga bukan blogger cari makan atau "kaki pau". Aku bukan penentang kerajaan dan aku bukan penyokong pembangkang.

Aku memegang kepercayaan, dalam sistem pemerintahan, perlu ada Ying dan Yang. Aku percaya dalam sesebuah negara, kita perlukan parti pembangkang yang patut memainkan peranan sebagai bagai penyedar atau penegur apabila kerajaan tersilap atau tersasar, bukan sebagai penghasut rakyat atau pengkhianat negara.

Aku juga bergaul dengan semua orang politik, baik orang BN mahupun Pakatan. Aku ramai kawan di kalangan mereka. Aku menghormati pendirian politik masing-masing. Cuma yang aku tak suka apabila mereka menyalahgunakan kuasa dengan menipu rakyat. Itu saja.

Di sini aku tak mahu cakap pasal prinsip atau perjuangan parti mereka. Aku cuma mahu menegur sikap sesetengah ahli politik, tak kira menteri atau ahli parlimen/wakil rakyat yang jika tak ditegur, makin menjadi perangai bodoh sombong mereka.

Ahli politik ini bila nak dekat persidangan, pemilihan atau pilihanraya, barulah sibuk nak buat kawan dengan orang macam aku (wartawan dan blogger). Masa inilah mereka tetiba jadi peramah, bertanya khabar. Masa inilah nanti mereka menyebarkan kad bisnes dengan pesanan "Call me anytime. I am available 24-7.".

Itulah yang berlaku semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun lalu. Beg tangan aku penuh dengan kad bisnes. Ada yang sibuk pelawa makan di hotel lima bintang, ada yang mempelawa itu dan ini. Ada yang bagi hadiah dan macam-macamlah.

"Anytime you nak datang kawasan I, just call me. Semua I boleh atur. Setakat hotel, makan minum, tambang tiket, you jangan risau," begitulah janji seorang Menteri lelaki. Seorang lagi Menteri pula sibuk cakap "kalau you ada masalah telefon I, insyalah I boleh bereskan."

Tetapi selepas itu - selepas masing-masing dah menang atau dapat jawatan, nak cari batang hidung pun susah. nak buat appointment pun memanjang busy. Ada pula yang menyombong tak pasal-pasal.

Ada seorang menteri wanita itu pula boleh cakap kat aku, "I busy sangatlah. Tak payahlah buat story pasal I. You interviu orang lain ajalah."

Mungkin agaknya dia rasa dia sudah cukup popular dan tak perlu publisiti lagi. Sedarlah awak itu Menteri yang kalah masa pilihanraya. Sedarlah bukan orang yang bagi you jawatan itu yang akan mengundi you bila pilihanraya nanti!

Ada juga menteri yang pilih bulu di kalangan blogger. Mereka hanya mahu "rub shoulders" dengan blogger-blogger elit sahaja. Apakah blogger-blogger elit ini sahaja yang dapat menentukan mereka menang atau kalah? Adakah blogger-blogger lain tak jalan peranan bantu mereka?

Ada pula Menteri yang tak boleh kena tegur langsung. Bila kita memuji, mereka kata "you wartawan yang hebat" tetapi apabila kita menegur, dia tetiba bermusuh dengan kita. Siap jaja cerita buruk pasal kita!

Nasihat saya kepada Menteri MP dan ADUN, tak kiralah dari parti mana - yang menentukan awak akan terus berkuasa ialah Rakyat. Jadi janganlah loghat dan sombong! Aku juga seorang rakyat yang mempunyai hak mengundi dan memilih pemimpin!

2 comments:

Anonymous,  November 19, 2011 12:04 PM  

setuju sgt2..masa susah punya baik mcm malaikat himpit editor2, wartawan2, blogger2 dan mereka yg punya pengaruh besar dalam dunia penulisan.

bila dah naik dpt jawatan bagus2..kita paham lah sibuk.

tapi buat appointment nak interview berbulan-bulan kadang2 makan tahun belum tentu dapat.

well! this type of politician just say bye bye to your career. The End.

Rakyat power to choose their representative.

Anonymous,  November 19, 2011 12:06 PM  

Aptly put shila...mereka mudah lupa.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP