Transfer Factor menyembuhkan aku, 4Life mengubah persepsiku
4life mengubah persepsiku
Dulu, apabila orang menyebut tentang MLM (Multi-Level Marketing), aku rasa fobia sangat. Mengapa? Sebab aku pernah menyertai dua syarikat MLM dan dua kali aku tertipu dan menyesal tak sudah. Beribu Ringgit Malaysia aku melabur, habuk pun tak ada!
Tahun lalu, seorang rakan lama di Berita Harian, Datuk Hafifi Hafidz mengajakku menyertai 4Life. Lantas aku beritahu dia aku tak berminat, malah benci dengan MLM.
Aku adalah bekas pesakit lelah. Penyakit ini mula menyerangku lima tahun lalu ketika menyertai ekspedisi 4x4 meredah hutan selama tiga hari tiga malam. Selama itulah hujan lebat tanpa henti mengakibatkan aku demam berhari-hari serta batuk tak henti-henti. Akibatnya aku sering menghadapi kesukaran bernafas. Di situlah bermula penyakit lelahku.
Sejak itu, sekurang-kurangnya seminggu sekali aku kena pergi klinik untuk rawatan nebulizer (masuk gas) dan aku bergantung kepada inhaler.

dulu aku bergantung kepada inhaler
Apabila sudah fed-up terlalu bergantung kepada inhaler, aku luahkan perasaanku di FB wall. Datuk Hafifi terbaca luahanku dan mencadangkan aku mencuba Transfer Factor Advance. Dia menceritakan bagaimana produk-produk 4Life telah menyelamatkannya daripada kanser hidung 7 tahun lalu.
Lantas aku berfikir, jika produk itu dapat menyelamatkan Hafifi daripada kanser, sudah pasti ia dapat mengatasi masalah lelahku.

bersama upline aku, Datuk Hafifi Hafidz - bekas pesakit kanser
Maka pada 10 Mei 2011 aku menerima pelawaan kedua Hafifi untuk menyertai 4Life sebagai ahli dan membeli produk hanya untuk diriku dan suami yang menghidapi resdung.
Dengan izin Allah, setelah dua minggu kami makan Transfer Factor Advance dan Riovida, lelah yang ku hidapi serta resdung suamiku berkurangan. Setelah sebulan, penyakit kami hilang langsung. Kini telah enam bulan kami mengamalkannya, lelah dan resdung sudah tiada.
.

TF Advance + Riovida bantu aku atasi lelah
Kini aku sudah tidak lagi alah dengan karpet dan suamiku telah boleh makan udang dan ketam. Malah TF Advance bukan sahaja menghilangkan lelah yang aku hidapi, tetapi juga penyakit migraine dan pinggang yang sebelum ini selalu menyiksaku.
Setelah pulih, barulah kami berani rekomen kepada ibu-bapa, keluarga dan sahabat handai menjadi ahli dan membeli produk-produk 4Life. Dalam masa tiga bulan aku telah berjaya menempatkan diri sebagai Qualified Diamond dan pada 12 November lalu aku naik ke pentas menerima penghargaan.

12 Nov 2011 aku diiktiraf sebagai Qualified Diamond
Apa yang istimewa mengenai 4Life ialah, inilah bisnes di mana kita bukan sahaja dapat membantu diri kita dan orang yang mengalami masalah kesihatan, tetapi juga mendapat ganjaran pahala dan meraih pendapatan sampingan.

bersama mentorku, Dr S.S Tamilselvan yang telah selamatkan 4,000 pesakit kanser
Mentor kami, Dr S.S Tamilselvan sering berpesan, “help the sick, money will follow”. “Awak akan berasa seronok kerana dalam membantu orang yang sakit, awak juga mendapat duit dan pahala,” katanya.
Kepada sahabat dan kenalan yang mengalami masalah kesihatan tetapi menghadapi kebuntuan, janganlah putus asa. Cubalah produk-produk 4Life. Insyalah, dengan Izin tuhan, kita boleh sembuh.

3 comments:
Excellent Article. Very Informative in Simple language. Congratulations.
Excellent Article in Simple Language. Congratulations.
Tahniah
Post a Comment