ADVERTISEMENT

Followers

Visitors

Saturday, December 3, 2011

NAJIB sudah bagi signal, tak faham lagi?


Ketika menyampaikan ucapan dasarnya pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2011, Khamis lalu, Presiden parti dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap dengan panjang lebar tetapi penuh semangat dan berkobar-kobar. Ada mesej yang disampaikan secara jelas dan ada juga cara berkias.

Bagi saya, ungkapan kata-kata Najib secara langsung menguatkan mesej yang disampaikan oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terdahulu yang menegaskan bahawa SENJATA utama untuk menang Pilihanraya Umum (PRU) akan datang ialah CALON.

Malahan, Najib telah memberi gambaran bahawa PENGALAMAN atau SENIORITI dalam parti tidak semestinya menjadi ukuran sebagai CALON pilihanraya.

Ini jelas ketika Najib mengungkapkan, "...contohnya, kita mahu pengikut seperti Khalid al-Walid yang taat mengundur diri sebagai PANGLIMA PERANG apabila diarahkan oleh Khalifah dan hanya ikut serta sebagai SOLDADU biasa. Sekalipun sedang berada dikemuncak karier, menurut sejarahnya tidak pernah kalah perang.

"Seterusnya, Usamah bin Zaid, seorang anak muda belasan tahun yang setia menurut arahan mengepalai pasukan tentera Islam walaupun bukanlah seorang panglima yang berpengalaman di medan perang. Inilah dia, watak, dan keperibadian pejuang sejati yang kita inginkan dalam susuk diri orang-orang UMNO."

Sudah jelas di sini PANGLIMA yang dimaksudkan adalah kiasan kepada PEMIMPIN UMNO atau mereka yang memegang jawatan dalam parti, sementara SOLDADU dimaksudkan ahli-ahli biasa.


Jadi, tak kanlah pemimpin UMNO tidak faham lagi maksud yang tersirat dan tersurat di dalam kata-kata Najib itu? Yang sudah lama sangat duduk di atas dan tidak mampu lagi memberi perkhidmatan cemerlang atau semakin kurang kepercayaan di kalangan ahli parti - sendiri mahu ingatlah! Contohilah Khalid al-Walid dan berilah laluan kepada orang lain yang mempunyai ciri-ciri "winnable candidate."

Di kalangan parti, orang senior pula janganlah memandang rendah kepada orang lain yang berwibawa. Masa beredar, citarasa rakyat berubah dan UMNO perlu suntikan muka baru yang boleh memberi idea dan pendekatan baru. Muka baru pula tidak semestinya orang muda, sebaliknya orang yang sudah lama setia berkhidmat kepada parti serta mempunyai kewibawaan, tetapi selama ini tidak pernah diberi peluang memimpin kerana jadi mangsa budaya cantas mencantas atau berpuak-puak.

Saya percaya ahli-ahli parti di akar umbi dan juga rakyat semakin hari semakin peka pada perkembangan semasa dan semakin bijak menilai orang yang boleh buat kerja dan ikhlas mendahulukan rakyat, bukan mendahulukan poket.

Golongan yang sudah tiba "seru" untuk berundur pula, kenalah buat dengan ikhlas. Jangan pula depan Presiden dan Timbalan Presiden cakap, No Problem, tetapi di belakang, create a lot of problems seperti yang berlaku dalam beberapa Pilihanraya Kecil di mana kerana pilihan mereka tak jadi calon, bilik gerakan ditutup.

Golongan yang kalah dalam PRU yang lalu juga seharusnya sedar bahawa mereka bukan "winnable candidate". Lebih baik undur diri secara terhormat dan mendapat "respect" daripada ahli, daripada anda buat muka "derk" dan berkeras mahu dicalonkan, bertanding dan kalah lagi sekali! Bayangkan malunya nanti.

Di sini saya ingin memetik satu lagi yang diucapkan Najib, iaitu: "Bercakap tentang taat setia juga, kita tak mau, bila depan kita disuruh angguk, dia angguk, disuruh geleng, dia geleng. Tapi di belakang lain pulak halnya. Jangan tikam dari belakang dan jangan pulak main belakang. Bak kata pepatah, janganlah telunjuk saja lurus tetapi kelingking berkait.

"500 tahun yang lalu, jatuhlah empayar Melaka. Ia jatuh bukan kerana Melayu kurang hulubalang atau kependekarannya, ia rebah bukan kerana kemiskinan atau kefakiran, ia tersungkur menyembah bumi kerana terlerainya perpaduan dan berlakunya pengkhianatan.

"Begitu juga nasib tamadun-tamadun besar di dunia yang hancur, mereput dan runtuh. China, terhina akibat siri perang candu, Empayar Rom, dirobek perpecahan dari dalam dan Khilafah Othmanniyah, punah dek kerana kehalusan strategi pecah belah dan perintah. Bertolak dari situ, marilah kita jadikan kisah-kisah ini sebagai teladan dan sempadan. Jangan sekali-kali kita terperangkap olehnya."

PRU ke-13 kemungkinan besar akan diadakan tahun hadapan. Tarikh paling awal yang diramalkan ialah pada Mac 2012. Jadi, kepada pemimpin dan ahli-ahli UMNO, jika anda sayangkan parti, ketepikanlah sengketa dan iri hati, berkorbanlah dan bersatu hati.

Bayangkan jika anda menjadi penyebab UMNO kehilangan banyak kerusi ..... betapa parahnya keadaan itu nanti. Jadi, dengarlah berkali-kali nasihat Presiden Parti pada akhir ucapannya yang berbunyi:

"Ayuh, rapatkan saf, nyalakan jamung, gigitlah kuat-kuat perjuangan ini dengan geraham kita. Palulah genderang perang, palulah ia tabuh-tabuhan dan tiupkanlah semboyan. Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba. Bingkaslah orang-orang UMNO, kita turun ke medan bakti."

2 comments:

Ramli Mohd Yunus December 5, 2011 10:47 PM  

contohi lah Khalid Al Walid dan Usamah..kata PM Najib..

my comment..I wish and pray it happen!!!old habits die hard..

doctrination of flashing BMWs, Mers etc, big contracts, awards etc etc..virus stage 4..

untuk agama, negara dan bangsa jadi mere retorik...

Ramli Mohd Yunus December 5, 2011 10:54 PM  

perhimpunan yang sepatutnya membincangkan secara serius mengenai peperangan menghadapi PRU13..bincang mengenai platun leadernya, marshalnya, senjatanya, armournya dan perancangan nya tetapi masa dihabiskan untuk bercakap mengenai platun leader musuh, alat senjata musuh dan angkatan peperangan musuh.

seharusnya biarkan lah musuh menggunakan Colt 45 atau senapang patah..kita bicara penggunaan AK47 kita..kenapa kita harus membuang masa membincangkan masalah angkatan peperangan musuh..get our troops ready la...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP