Pemandu Bas Biadap
Semalam, pada kira-kira 7.00 malam saya dan suami telah memberhentikan kereta di kawasan rehat Lebuhraya MEX Putrajaya menghala ke Kuala Lumpur kerana suami mahu ke tandas. Kami park kereta di belakang sebuah bas sekolah. Jarak kereta kami dengan bas itu adalah satu kereta.
Saya tunggu di dalam kereta sementara suami saya masuk ke tandas. Pada masa yang sama, saya lihat pemandu bas itu keluar dari tandas. Saya nampak dia terus menuju ke basnya. Dia pun memandang ke arah kereta saya sebelum masuk ke bas.
Tiba-tiba saya dikejutkan dengan dentuman kuat dan badan saya terhentak ke dashboard. Rupa-rupanya pemandu bas itu telah "reverse" basnya dan merempuh kereta saya.
Dalam keadaan terkejut, saya keluar dari kereta dan melihat bahagian bumper saya telah terperesok ke dalam dan hood kereta saya kemek. Pada masa yang sama pemandu bas sekolah itu datang ke arah saya. Saya tanya dia, "apasal abang reverse rempuh kereta saya. Abang bukan tak nampak kereta saya."
Maka dengan sombong dan bengis, dia mengherdik, "Awak tak pasang lampu mana saya nak nampak. Salah awaklah." Maka saya jawab, "tadi abang keluar bilik air dan nampak kereta saya parking belakang kereta abang. Kenapa abang rempuh juga?"
Maka dia jawab "awak yang bodoh, buta!. Parking kereta tak pasang lampu! (padahal pada waktu itu langit masih cerah). Awak memang bodoh!"
Saya katakan pada dia, saya menunggu suami di dalam kereta dalam keadaan kereta sudah parking, dan mana ada orang parking kereta pasang lampu?"
Dia kemudian memeriksa bahagian belakang basnya yang setelah mendapati tidak ada satu calarpun terus menuju ke arah depan bas. Pada masa yang sama, suami saya keluar dari tandas dan bertanya apa yang berlaku.
Saya ceritakan kepada suami saya. Suami saya yang penyabar orangnya cuba bertanya dengan baik kepada pemandu bas itu, mengapa kejadian itu boleh berlaku...sebaliknya pemandu bas itu terus menerus menyalahkan kami dan berlalu pergi.
Sementara suami saya melihat keadaan kereta kami, saya yang tidak berpuashati, mengekori pemandu itu ke dalam bas. Dia sedang memulakan enjin dan saya berdiri di tingga bas. Saya memberitahunya adalah lebih baik kita ke balai polis dan biar polis menentukan siapa yang salah.
Dia kata dia tak mahu. "Awak ambil nombor bas ini dan pergi report," katanya. Saya selepas itu meminta nama dan nombor telefonnya untuk dihubungi kelak. Tetapi dia jawab dalam nada menengking. "Aku tak mahu. Kau bukan polis. Kau memang babi. Memang babi betul"
Lantas saya jawab, "abang bercakap biar beradap sikit." Dia jawab balik "memang awak ni babi." Saya terkedu.
Pada masa sama, beberapa orang pelajar (yang sebelum itu memerhati dari luar tandas), mahu menaiki semula bas itu. Saya cuba nak bertanya kepada beberapa orang tetapi mereka kelihatan takut nak melayan saya. Bagaimanapun seorang pelajar lelaki memberitahu saya bahawa mereka adalah pelajar SK Desa Petaling.
Saya terus keluar untuk mengadu kepada suami saya yang sedang memeriksa kereta. Tetapi pemandu bas berkenaan terus berlalu. Suami saya sempat merakamkan nombor plet bas itu menggunakan kamera handphonenya. Nombor plet bas itu ialah NAP 9017.
Suami saya amat marah apabila saya mengadu pemandu bas itu memanggil saya babi. Lantas kami mengejar bas itu. Pada mulanya kami bercadang untuk mengekori bas itu ke destinasinya, tetapi setelah berbincang dan bimbangkan keselamatan, kami lupakan hasrat itu dan mengambil keputusan terus buat laporan ke balai polis.
Bagaimanapun saya sempat mencatat nama pemilik bas itu yang tertera di bahagian tepi, iaitu NAZMIE AUTO SERVICES, LOT 147, 3RD FLOOR, PUTERI PARK PLAZA, JALAN 28, 68000 AMPANG, SELANGOR. Saya juga melihat di bahagian atas cermin bas itu tertera sticker SHARK SUICIDE.
Di balai polis Jalan Bandar, kami dilayani dengan baik oleh anggota-anggota polis bertugas, termasuk pegawai penyiasat. Setelah menyoal siasat, polis mengambil gambar kereta kami. Kini, kami serahkan kepada polis untuk menyiasat dan menentukan siapa yang bersalah.
Begitupun, saya berkongsi cerita ini dengan pembaca supaya mereka dapat jadikan iktibar dari kejadian ini. Saya juga ingin menyuarakan rasa kesal terhadap sikap pemandu lelaki berbangsa Melayu itu yang sungguh biadap.
Kemalangan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Tetapi itu tidak bermakna kita mesti bersikap seperti orang tidak bertamaddun dan biadap.
Kami ingin menasihatkan ibubapa dan guru pelajar-pelajar SK Desa Petaling yang menggunakan perkhidmatan bas berkenaan supaya bertindak terhadap pemandu bas itu. Kami juga berharap pemilik bas tersebut mengenakan tindakan disiplin terhadap pemandunya.
Pemandu bas itu telah memaki hamun saya di depan pelajar sekolah. Beginikah perangai pemandu bas sekolah? Adakah ibubapa dan SK Desa Petaling mahukan pemandu berperangai seperti ini menjaga keselamatan pelajar?
6 comments:
macamana skrg?ada tindakan tak?
Inilah dia contoh terbaik Melayu sekarang yang amat kurang hajar setelah mendapat didikan ahli2 politik songsang, yang senghaja melanggar adat susila dan peraturan juga undang2 negra demi untuk mencapaikan hasrat gelojohnya.....
Assalamualaikum.
Saya tumpang berduka di atas musibah yang Puan Noor alami angkara pemandu bas sekolah yang biadap dan kurang ajar itu.
Se-eloknya jika kita kena aniaya macam ini patut kita terus rakam saja samada audio dengan memegang handset kita semasa berhadapan dengan manusia biadap seperti itu.
Boleh jadi bukti bahan kes jika di bawa ke mahkamah.
Nak ambil video mungkin susah sebab dok berhadapan dgn manusia kurang ajar seperti itu dan mungkin akan membawa kepada perkara yang lebih buruk?
Entah lah Pn. Noor? Semakin hampir kita dengan Hari Kiamat, semakin kurang ajar sebilangan manusia dalam Malaysia ini.
Puak puak macam ni cuma akan sedar diri jika di ajar secara fizikal! Setakat sembang mulut, semakin bertocang lah dia terutama bila melibatkan kaum wanita yang menjadi mangsa nya!
.....OMG...hari2 pergi sekolah..
rupanya x masuk ajar juga....
ha ha ha...
semuga dapat penyelesaian yang setimpal..
Saya agak marah dengan tindakan pemandu yang sengaja melanggar kereta Puan Noor .Pemandu inilah yang membuatkan terjadi kemalangan maut, panas baran tak bertempat, biadap, kurang ajar, tunggu tindakan polis jika tiada apa-apa tindakan laporkan pada biro pengaduan awam atau buat kes ke mahkamah.
Orang melayu dihidangkan dengan ugama hingga overdosed tetapi masih ada yang tak bermoral.
Post a Comment